BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

11 September 2009

Lawatan ahli-ahli PRS & 3PD ke Pasukan Bomba dan Penyelamat

Lawatan ahli-ahli PRS & 3PD ke Pasukan Bomba dan Penyelamat

Tarikh: 23hb Mei 2009
Masa: 8.30-12.00
Tempat: Pasukan bomba dan penyelamat

Lawatan kami dimulakan dengan acara penerangan secara ringkas daripada dua orang pegawai dari bahagian bomba dan penyelamat iaitu Pegawai balai Rozali bin Ampung dan juga Tini binti Ismail. Beliau menerangkan serba sedikit mengenai tugasan-tugasan yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka, perkhidmatan yang mereka berikan kepada masyarakat umum dan juga punca-punca berlakunya kebakaran.

Adapun kelulusan bagi jawatan ini ialah lulus PMB. Syarat-syarat yang telah dikenakan ialah seperti mempunyai ketinggian sebanyak 5 kaki 2 inci dan mempunyai berat badan lebih kurang sebanyak 55kg.






Visi: Berkerjasama dengan masyarakat bagi melindungi apa-apa yang mereka hargai.
Misi: Mengurangkan kadar kejadian kebakaran dan bertindak secara professional.
Tugas: Mengawal, memadam, mencegah dan menyiasat punca kebakaran.

Skuad Khas

Selepas itu lawatan kami deteruskan lagi dengan menyaksikan persembahan ringkas dari skuad khas. Bagaimana mereka bertindak sewaktu menerima panggilan kecemasan dan juga pameran alat-alat dan kenderaan yang mereka gunakan.





Seterusnya diteruskan dengan sesi bergambar
beramai-ramai




Seterusnya ialah persembahan daripada pasukan penyelamat

Penerangan secara ringkas telah diberikan oleh Haji Abnuh bin Haji Deli. Beliau menerangkan serba sedikit mengenai cara-cara mereka menyelamatkan masyarakat umum. Mereka mempunyai teknik-teknik yang tersendiri namun beliau hanya menyatakan dua daripada teknik-teknik berikut iaitu:

(1) Normal Repelling
(2) Spiderman Repelling

Mereka sempat mempersembahkan serba sedikit teknik-teknik yang telah disebutkan diatas iaitu Normal Repelling dan juga Spiderman Repeling. Mereka juga sempat mempersembahkan adegan menyelamatkan mangsa kebakaran daripada bangunan yang tinggi.

Normal Repelling


Spiderman Repelling


Adegan menyelamat


Seterusnya lawatan kami diteruskan lagi dengan menikmati jamuan dan seterusnya penyampaian cenderahati kepada Pasukan Bomba dan Penyelamat.




Lawatan kami diakhiri dengan ucapan terima kasih daripada:

Pegawai Balai-Rozali bin Ampung.