BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

11 September 2009

Lawatan ahli-ahli PRS & 3PD ke Pasukan Bomba dan Penyelamat

Lawatan ahli-ahli PRS & 3PD ke Pasukan Bomba dan Penyelamat

Tarikh: 23hb Mei 2009
Masa: 8.30-12.00
Tempat: Pasukan bomba dan penyelamat

Lawatan kami dimulakan dengan acara penerangan secara ringkas daripada dua orang pegawai dari bahagian bomba dan penyelamat iaitu Pegawai balai Rozali bin Ampung dan juga Tini binti Ismail. Beliau menerangkan serba sedikit mengenai tugasan-tugasan yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka, perkhidmatan yang mereka berikan kepada masyarakat umum dan juga punca-punca berlakunya kebakaran.

Adapun kelulusan bagi jawatan ini ialah lulus PMB. Syarat-syarat yang telah dikenakan ialah seperti mempunyai ketinggian sebanyak 5 kaki 2 inci dan mempunyai berat badan lebih kurang sebanyak 55kg.






Visi: Berkerjasama dengan masyarakat bagi melindungi apa-apa yang mereka hargai.
Misi: Mengurangkan kadar kejadian kebakaran dan bertindak secara professional.
Tugas: Mengawal, memadam, mencegah dan menyiasat punca kebakaran.

Skuad Khas

Selepas itu lawatan kami deteruskan lagi dengan menyaksikan persembahan ringkas dari skuad khas. Bagaimana mereka bertindak sewaktu menerima panggilan kecemasan dan juga pameran alat-alat dan kenderaan yang mereka gunakan.





Seterusnya diteruskan dengan sesi bergambar
beramai-ramai




Seterusnya ialah persembahan daripada pasukan penyelamat

Penerangan secara ringkas telah diberikan oleh Haji Abnuh bin Haji Deli. Beliau menerangkan serba sedikit mengenai cara-cara mereka menyelamatkan masyarakat umum. Mereka mempunyai teknik-teknik yang tersendiri namun beliau hanya menyatakan dua daripada teknik-teknik berikut iaitu:

(1) Normal Repelling
(2) Spiderman Repelling

Mereka sempat mempersembahkan serba sedikit teknik-teknik yang telah disebutkan diatas iaitu Normal Repelling dan juga Spiderman Repeling. Mereka juga sempat mempersembahkan adegan menyelamatkan mangsa kebakaran daripada bangunan yang tinggi.

Normal Repelling


Spiderman Repelling


Adegan menyelamat


Seterusnya lawatan kami diteruskan lagi dengan menikmati jamuan dan seterusnya penyampaian cenderahati kepada Pasukan Bomba dan Penyelamat.




Lawatan kami diakhiri dengan ucapan terima kasih daripada:

Pegawai Balai-Rozali bin Ampung.



11 July 2009

Lawatan ahli-ahli PRS & 3PD ke Pasukan Polis di Raja Brunei,Gadong.

Terlebih dahulu saya, sebagai Pengerusi PRS & 3PD ingin memohon maaf diatas perkara yang berlaku... Kami akan berusaha untuk mengemaskinikan maklumat-maklumat tertentu dan juga aktiviti-aktiviti yang telah kami jalankan... Terima Kasih.

Lawatan ahli-ahli PRS & 3PD ke Pasukan Polis di Raja Brunei Gadong


Tarikh: 1hb April 2009.

Masa: 8.30-12.00

Tempat: Pasukan Polis di Raja Brunei,Gadong.



Lawatan ke bahagian Kawat Senjata
Kedatangan kami disambut dengan persembahan kawat senjata dari Polis Lelaki dan juga Polis Wanita. Kelulusan bagi jawatan ini ialah mempunyai keputusan 4 O'level dan syarat-syarat yang diperlukan ialah pemohon hendaklah berumur diantara 18-25 tahun dan bagi lelaki pula, berat badan hendaklah lebih kurang daripada 65kg.

Latihan kawat ini ialah bertujuan untuk mendisiplinkan dari masing-masing disamping meningkatkan ketahanan fisikal dan juga mental.


Lawatan ke bahagian Rusuhan

Lawatan kami diteruskan lagi dengan persembahan dari bahagian rusuhan yang pada kebiasaannya mempunyai angota seramai 50 orang yang mana,mereka adalah pasukan yang terkuat dikalangan ahli polis yang lain yang telah ditugaskan untuk menyuraikan perkumpulan haram,membenteras kumpulan pemberontak dan juga lain-lain.




Diantara persembahan-persembahan dari bahagian rusuhan


Lawatan ke Galeri Muzium Polis
Melalui muzium ini,kami telah mengetahui zaman bermulanya pasukan polis diraja Brunei ini. Muzium ini juga ada mempamerkan pakaian polis zaman dahulu dan juga sekarang,kesalahan-kesalahan,rekod jenayah,pistol yang telah digunakan,peralatan-peralatan yang diperlukan dalam melaksanakan tugasan mereka dan juga sebagainya.


Lawatan ke Unit Siasatan
Disini kami telah diberi penerangan mengenai kes-kes jenayah yang telah berlaku di Brunei Darussalam,cara penyiasatan yang mereka jalankan,pembahagian kes-kes dan juga sebagainya seperti penderaan,ugut dan sebagainya. Mereka juga ada mempamerkan contoh barang-barang yang ditegah seperti arak,perjudian dan lain-lain.


Penyampaian cenderahati
Lawatan kami diakhiri dengan menikmati jamuan dan juga penyampaian cenderahati kepada Pasukan Polis di Raja Brunei,Gadong.


31 March 2009

MUZAKARAH DAN KURSUS PRS / 3PD 2009



26 Mac 2009 - Muzakarah PRS / 3PD bersama guru kanan dan penolong guru kanan kaunseling dan kursus asas kaunseling bagi tahun 1430H / 2009M telah diadakan pada hari Khamis lalu bertempat di Bilik Mesyuarat Sekolah, Bangunan Almas.





Agenda pagi iaitu muzakarah dimulakan dengan bacaan surah Al- Fatihah beramai- ramai. Antara tujuan muzakarah ini diadakan adalah untuk menerangkan struktur Unit Bimbingan Dan Kaunseling bagi tahun 2009 dan melantik jawatankuasa PRS / 3PD tahun 2009 serta membincangkan tentang peranan setiap ahli.





Agenda sebelah petang pula mengenai kursus dan asas kaunseling. Dari sini ahli PRS dan 3PD diuji dan diajar bagaimana cara menangani klien melalui latihan dalam kelompok. Muzakarah dan Kursus ini disudahi dengan acara penyampaian hadiah bagi ahli-ahli.



diantara ahli-ahli PRS/3PD tingkatan 4

30 January 2009

12 barisan manusia: menuju ke Akhirat

Barisan pertama:
Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :

'Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat'.
Firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka'.

Barisan ke-2:
Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah
'mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk.

Rasulullah saw bersabda:
''sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu''


Barisan ke-3:
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking
'mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.
Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan ke-4:
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut
'Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.

Barisan ke-5:
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar
'Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.

Barisan ke-6:
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

Barisan ke-7:
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.

Barisan ke-8:
Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. Mereka adalah orang yg melakukan zina.
Tempat mereka juga adalah di neraka.

Sabda rasulullah
'''tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka''.


Barisan ke-9:
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

Barisan ke-10:
Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11:
Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.
Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan ke-12:
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.
Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan 'mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.
Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.
Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T'

Wallahua'lam bissawab