BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

24 September 2008

عيد المعلم والمعلمة

23rd September 08- PRS and 3PDs gathering at Aneka Rasa Restaurant


























































































Pencarian malam LailatulQadar

Sepuluh malam akhir sudah menjelang, maka bermulalah pencarian / pengejaran malam-malam yang ganjil untuk memperolehi malam “Lailatul Qadar”. Ada banyak kelebihan pada sesiapa yang dapat beramal pada malam tersebut yang menyamai seribu bulan.

Ingin saya petik dari beberapa Imam besar berkaitan dengan malam “Lailatul Qadar” ini.

Pendapat Imam Ghazali ada mengatakan : “Jika puasa bermula pada hari Ahad / Rabu maka malam “Lailatul Qadar” adalah malam ke 29 Ramadhan.
Jika puasa bermula hari Isnin, maka malam “Lailatul Qadar” adalah malam ke 21 Ramadhan.
Jika puasa bermula hari Selasa / Jumaat, maka malam “Lailatul Qadar” adalah malam ke 27 Ramadhan.
Jika puasa bermula pada hari Khamis, maka malam “Lailatul Qadar” adalah malam ke 25 Ramadhan. Jika puasa bermula pada hari Sabtu, maka malam “Lailatul Qadar” adalah malam ke 23 Ramadhan.”

Pendapat Abu Hassan Sazali pula ada mengatakan ; “Aku tidak pernah luput malam “Lailatul Qadar” sejak aku baligh lagi. Bila aku ikut kaedah ini. Kaedah kedua, jika puasa bermula pada hari Jumaat, maka malam “Lailatul Qadar” adalah malam ke 29 Ramadhan.
Jika puasa bermula pada hari Sabtu, maka malam “Lailatul Qadar” adalah malam ke 21 Ramadhan. Jika puasa bermula pada hari Ahad, makan malam “Lailatul Qadar” adalah malam ke 27 Ramadhan. Jika puasa bermula pada hari Isnin, maka malam “Lailatul Qadar” adalah malam ke 19 Ramadhan.
Jika puasa bermula pada hari Selasa, maka malam “Lailatul Qadar” adalah malam ke 25 Ramadhan. Jika puasa bermula pada hari Rabu, maka malam “Lailatul Qadar” adalah malam ke 17 Ramadhan. Jika puasa bermula pada hari Khamis, maka malam “Lailatul Qadar” adalah malam ke 23 Ramadhan.”

Marilah sama-sama kita mencari dan memenuhi malam-malam yang akhir ini dengan ibadah kepada Allah S.W.T.

14 September 2008

Subhanallah. Our hands!!

11 September 2008

Formula kejayaan

Formula kejayaan bukanlah A+E= R or Ability+Effort= Result

Bahkan, formulanya adalah Ability+Effort x attitude= Result

Attitude atau sikap sangat penting. Sikap kita mesti sentiasa positif, seperti lirik yang terkandung dalam sebuah lagu;

"Jika kau fikir kau boleh, kau hampir boleh melakukan
Jika engkau ragu-ragu, kerja kau tak menentu
Jika kau fikir kekalahan, kau hampir kegagalan
Jika kau fikir kemenangan, kau hampir kejayaan
Kaulah apa yang kau fikirkan......"


P/s: Formula ini diakui oleh pakar-pakar motivasi dan juga pelajar yang berjaya dalam bidang pelajaran. Ia juga mesti disertai dengan keyakinan dan doa!

Semoga berjaya!

Lupa itu satu anugerah

Cuba awda bayangkan, kalau semua pengalaman yang kita lalui kita ingat, tidakkah bercelaru kepala otak kita?Tentu sahaja jawapannya BERCELARU

Mengingat pun perlu saringan dan latihan. Saring, tapis yang penting-penting sahaja. Jangan ingat 'little things' dan perkara yang tidak mendatangkan faedah.

Otak boleh diibaratkan seperti 'reservoir'. Kita simpan air bersih yang sudah dirawat. Barulah kapasitinya maksimum dan aliran turun melalui paip berjalan lancar. Bayangkan kalau air dengan sampah sarap sekali terus disedut dari sungai ke tangki. Apa akan terjadi?

Phrase to be remembered : Great people remember big and important things. They don't bother to remember little, unimportant ones.

Dipetik dari: Cerita-cerita motivasi untuk pelajar