BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

11 July 2009

Lawatan ahli-ahli PRS & 3PD ke Pasukan Polis di Raja Brunei,Gadong.

Terlebih dahulu saya, sebagai Pengerusi PRS & 3PD ingin memohon maaf diatas perkara yang berlaku... Kami akan berusaha untuk mengemaskinikan maklumat-maklumat tertentu dan juga aktiviti-aktiviti yang telah kami jalankan... Terima Kasih.

Lawatan ahli-ahli PRS & 3PD ke Pasukan Polis di Raja Brunei Gadong


Tarikh: 1hb April 2009.

Masa: 8.30-12.00

Tempat: Pasukan Polis di Raja Brunei,Gadong.



Lawatan ke bahagian Kawat Senjata
Kedatangan kami disambut dengan persembahan kawat senjata dari Polis Lelaki dan juga Polis Wanita. Kelulusan bagi jawatan ini ialah mempunyai keputusan 4 O'level dan syarat-syarat yang diperlukan ialah pemohon hendaklah berumur diantara 18-25 tahun dan bagi lelaki pula, berat badan hendaklah lebih kurang daripada 65kg.

Latihan kawat ini ialah bertujuan untuk mendisiplinkan dari masing-masing disamping meningkatkan ketahanan fisikal dan juga mental.


Lawatan ke bahagian Rusuhan

Lawatan kami diteruskan lagi dengan persembahan dari bahagian rusuhan yang pada kebiasaannya mempunyai angota seramai 50 orang yang mana,mereka adalah pasukan yang terkuat dikalangan ahli polis yang lain yang telah ditugaskan untuk menyuraikan perkumpulan haram,membenteras kumpulan pemberontak dan juga lain-lain.




Diantara persembahan-persembahan dari bahagian rusuhan


Lawatan ke Galeri Muzium Polis
Melalui muzium ini,kami telah mengetahui zaman bermulanya pasukan polis diraja Brunei ini. Muzium ini juga ada mempamerkan pakaian polis zaman dahulu dan juga sekarang,kesalahan-kesalahan,rekod jenayah,pistol yang telah digunakan,peralatan-peralatan yang diperlukan dalam melaksanakan tugasan mereka dan juga sebagainya.


Lawatan ke Unit Siasatan
Disini kami telah diberi penerangan mengenai kes-kes jenayah yang telah berlaku di Brunei Darussalam,cara penyiasatan yang mereka jalankan,pembahagian kes-kes dan juga sebagainya seperti penderaan,ugut dan sebagainya. Mereka juga ada mempamerkan contoh barang-barang yang ditegah seperti arak,perjudian dan lain-lain.


Penyampaian cenderahati
Lawatan kami diakhiri dengan menikmati jamuan dan juga penyampaian cenderahati kepada Pasukan Polis di Raja Brunei,Gadong.