BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

31 March 2009

MUZAKARAH DAN KURSUS PRS / 3PD 2009



26 Mac 2009 - Muzakarah PRS / 3PD bersama guru kanan dan penolong guru kanan kaunseling dan kursus asas kaunseling bagi tahun 1430H / 2009M telah diadakan pada hari Khamis lalu bertempat di Bilik Mesyuarat Sekolah, Bangunan Almas.





Agenda pagi iaitu muzakarah dimulakan dengan bacaan surah Al- Fatihah beramai- ramai. Antara tujuan muzakarah ini diadakan adalah untuk menerangkan struktur Unit Bimbingan Dan Kaunseling bagi tahun 2009 dan melantik jawatankuasa PRS / 3PD tahun 2009 serta membincangkan tentang peranan setiap ahli.





Agenda sebelah petang pula mengenai kursus dan asas kaunseling. Dari sini ahli PRS dan 3PD diuji dan diajar bagaimana cara menangani klien melalui latihan dalam kelompok. Muzakarah dan Kursus ini disudahi dengan acara penyampaian hadiah bagi ahli-ahli.



diantara ahli-ahli PRS/3PD tingkatan 4