BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

24 September 2008

Pencarian malam LailatulQadar

Sepuluh malam akhir sudah menjelang, maka bermulalah pencarian / pengejaran malam-malam yang ganjil untuk memperolehi malam “Lailatul Qadar”. Ada banyak kelebihan pada sesiapa yang dapat beramal pada malam tersebut yang menyamai seribu bulan.

Ingin saya petik dari beberapa Imam besar berkaitan dengan malam “Lailatul Qadar” ini.

Pendapat Imam Ghazali ada mengatakan : “Jika puasa bermula pada hari Ahad / Rabu maka malam “Lailatul Qadar” adalah malam ke 29 Ramadhan.
Jika puasa bermula hari Isnin, maka malam “Lailatul Qadar” adalah malam ke 21 Ramadhan.
Jika puasa bermula hari Selasa / Jumaat, maka malam “Lailatul Qadar” adalah malam ke 27 Ramadhan.
Jika puasa bermula pada hari Khamis, maka malam “Lailatul Qadar” adalah malam ke 25 Ramadhan. Jika puasa bermula pada hari Sabtu, maka malam “Lailatul Qadar” adalah malam ke 23 Ramadhan.”

Pendapat Abu Hassan Sazali pula ada mengatakan ; “Aku tidak pernah luput malam “Lailatul Qadar” sejak aku baligh lagi. Bila aku ikut kaedah ini. Kaedah kedua, jika puasa bermula pada hari Jumaat, maka malam “Lailatul Qadar” adalah malam ke 29 Ramadhan.
Jika puasa bermula pada hari Sabtu, maka malam “Lailatul Qadar” adalah malam ke 21 Ramadhan. Jika puasa bermula pada hari Ahad, makan malam “Lailatul Qadar” adalah malam ke 27 Ramadhan. Jika puasa bermula pada hari Isnin, maka malam “Lailatul Qadar” adalah malam ke 19 Ramadhan.
Jika puasa bermula pada hari Selasa, maka malam “Lailatul Qadar” adalah malam ke 25 Ramadhan. Jika puasa bermula pada hari Rabu, maka malam “Lailatul Qadar” adalah malam ke 17 Ramadhan. Jika puasa bermula pada hari Khamis, maka malam “Lailatul Qadar” adalah malam ke 23 Ramadhan.”

Marilah sama-sama kita mencari dan memenuhi malam-malam yang akhir ini dengan ibadah kepada Allah S.W.T.

0 comments: